Usia Perkahwinanku

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 5 September 2013

Jamuan Raya Lagi....

Hari Selasa yg lepas level office aku buat jamuan raya pot luck. Bz sgt hari ni baru sempat nak update. Semlm dgn hari ni keje luar, ni pun aku cari juga masa utk update sebabnya esok hingga Isnin ni aku cuti. Pasni sure nak update psl cuti2 kan...Best sgt bila sekali sekala buat mkn2..aku pulak semua bendanya nak rasa, sabaq ja la.

tgk aku mkn sikit saja.bekas pun kecik..nampak kan?




Antara menu utama :
- Nasi putih
- Rendang Ayam
- Sambal Telur
- Ayam Masak Black Paper
- Sambal Ikan
- & Sosej Goreng

ini semua kita org pakat2 bawa. Aku hanya sempat masak nasi putih dan ikan sambal tu jer


Menu ke2 : 
- Laksa Kedah

Ini la menu pertama yg aku mkn,  kakak ni buat mmg sdp..sori la gambar blur sikit mungkin time snap gambar ni aku dah tak sabar nak mkn kot hihihi


Menu ke3:
- Pecal Mee

 pecal yg di makan bersama mee. sdp..office aku ni semuanya berbakat dlm memasak.ramai chef.



Pencuci mulut : 
- Red Velvet 

 huhuhu terasa lagi keenakkan kek ni.nyum2



Antara pencuci mulut yg lain : 
- Dadih Jagung
- Puding Roti (warna pink tu)
- Buah Tembikai
- Buah Oren
- Dan sedikit makanan ringan.


ok habis cite psl mkn2..next week insyaallah cite psl cuti2 pulak yer. bye...

Monday, 2 September 2013

Minyak Naik Lagi???

Hari ni tgk fb semuanya bercakap psl minyak. Pendapat aku senang jer...tak payah la nak bising2 nak komen itu ini, harga minyak tu dah tentu la naik so nak tak nak isi jer la. tak nak isi g keje ko naik la basikal..tak pun naik motor if nak jimat. 

Tapi mmg rasa sgt tak patut..minyak baru jer naik 20 sen...harga kuih dan nasi pun ikut naik pada hal gaji naik tak byk sgt pun. mcm mana tu??? nak naik kan harga Everlynn Skincare juga boleh :-)  melampau la tu kan..kesian regular customer aku if harga Everlynn di naikkan. insyaallah big boss tak kan naikkan. 



ptg semlm org dok riuh2 psl minyak naik aku buat relax jer sebab mmg fikir confirm penuh stesen minyak. Pastu adik lak update khabar angin jer. so terus la blk umah. sampai je umah tgk jiran aku dah ready nak keluar g isi minyak. kebetulan hb dia keje kpdn dan ckp confirm naik. aku pusing  kete g isi kat Petron dpn umah. time tu dlm pukul 5.30pm..best gila tak der org pun. mmg time tu dah fikir isi jer la naik ke tak, tak rugi pun sebab mmg hari2 guna. 



Dah isi penuh..harap2 bertahan la sampai g Kelantan Jumaat ni.

itu la cite dan sedikit pendapat aku psl kenaikan harga minyak. Bagi aku tak der effect sgt la.dah siap kira pun mlm td:

Harga RM 1.90/liter - RM 50 dapat 26.32 liter
Harga RM 2.10/liter - RM 50 dapat 23.81 liter

* Beli la kete yg jimat minyak mcm kete Produa & Toyota. mmg sgt jimat :-) dan benda utama yg aku fikir if nak tukar kete cari kete yg ada teknologi yg jimatkan minyak.

Impian deco2

Banyaknya impian nak buat utk syurga aku, suami dan anak2. slow2 la kan ikut bajet dan kemampuan yg ada. sdg berusaha utk merealisasikan semua impian ini.doakan aku yer...


Living hall berwajah baru...ceria sikit dgn warna merah ni. pilihan aku dan en suami. 



Rasanya utk hall ni dah cukup kot deco2. next target if ada bajet:
1: Besarkan dapur.
2 : Tukar lantai utk hall atas dan bawah
3 : Siapkan bilik utk twin
4 : Rak tv + rak buku
5 :  Wallpaper tangga
Last : Renovate bilik 

Banyakkan impian aku utk rumah...

meh aku show sikit rak tv + rak buku idaman aku nak en suami. lebih krg mcm rumah wardina punya design. cantikkan?? bila la dpt mcm ni....kan best kalau eric dpt dtg deco2 kat rumah aku.

rak tv utk hall atas sekarang

cth : copy dari FB wardina :-)



hasil copy dari FB sape tah :-)

dapur impian lebih krg mcm ni la..yg pasti luas dan selesa bila family dtg. tema hitam putih & merah.

doa kan aku yer kawan2.

~Tamat~




Sunday, 1 September 2013

AiDilFitRi 2013



Assalamualaikum. lamanya tak update blog...dah bersawang kan rasanya? insyaallah lepas ni akan cuba update walaupun sedikit jer :-) Mood syawal ada sikit2 lagi ni..meh kali ni aku nak kongsi cite raya & gambar2 raya yg lepas. Tahun ni beraya sebelah family aku tapi tak der gambar satu family sebabnya maybe tak cukup ahli kot..adik aku beraya kat sini dulu tahun ni...tak per insyaallah byk lagi tahun kami akan beraya sama2 kan...

Kami empat beranak. Twin makin sopan ketika bergambar raya.Kalau tak jenoh gak memujuk.
Raya ke3 : reunion dgn kawan2 sek men dari form 1-3. ini antara kwn2 rapat aku dulu..Asma..Azian..Ana. yg tak der dlm gambar Zura..Kamaria dan Zaharah.


Raya tahun ni agak tak bape best sgt sebab tak habis beraya rumah sedara mara. Sebenarnya twin start demam dari hari pertama blk kg sampai la raya ke 3 terpaksa juga admit kat hospital sebabnya dah jumpa dr. mkn ubat still tak baik2. demam on off dan asyik demam mlm. Alhamdulilah dapat juga bilik single walaupun berbau sikit bilik tu...tak kisah la janji single. time tu bilik kebanyakkan penuh dan aku tgk ramai sgt budak2 yg demam...kesian kan.
Pakej percutian kami selama 3 hari 2 mlm di hospital. tgk twin demam serupa tak demam ja..siap2 melompat2 ja atas katil. Afif sorang ja yg admit sebab dah tak bermaya sgt tgk. Tq utk mother in law sebab msk anta mkanan kat aku n hb dan tlg jagakan akif. huhuhu time ni turn umah mak aku sebenarnya. sedih tahun ni tak dpt nak kumpul ramai2 kat umah mak lama2 sikit. 

Raya ke 5 twin dah baik demam. dan sebelum blk kitaorg ramai2 g mkn steamboat kat Perlis..adik Johan yg suggest kat sini..ok la sdp & murah shj seorg RM10.mkn la sampai kenyang. Esoknya kitaorg gerak balik shah alam.rasa kejap jer kat kg...syok dok kg tapi apa kan daya...


Tetamu pertama yg datang beraya kat rumah. my BFF. sori makcik tak sempat nak msk kan sdp2 .







ni gambar twin g beraya rumah untie nadia..rumah jiran kitaorg. suka g rumah dia..deco2 cantik sgt..terpegun.




ni pulak gambar time jamuan raya dkt ofis..semuanya cantik2 diorg ni.solo lg ni...aku jer dah jd mak org.




Reunion dgn kwn2 sek teknik langkawi. Best sgt bila sesekali dpt berjumpa.




Ni pulak gambar family mentua yg datang rumah..tgk afif nak bergambar tapi mls bangun.sabar jer la anak sorang ni.
                                   ok itu jer la utk kali ni :-)