Usia Perkahwinanku

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 1 September 2013

AiDilFitRi 2013



Assalamualaikum. lamanya tak update blog...dah bersawang kan rasanya? insyaallah lepas ni akan cuba update walaupun sedikit jer :-) Mood syawal ada sikit2 lagi ni..meh kali ni aku nak kongsi cite raya & gambar2 raya yg lepas. Tahun ni beraya sebelah family aku tapi tak der gambar satu family sebabnya maybe tak cukup ahli kot..adik aku beraya kat sini dulu tahun ni...tak per insyaallah byk lagi tahun kami akan beraya sama2 kan...

Kami empat beranak. Twin makin sopan ketika bergambar raya.Kalau tak jenoh gak memujuk.
Raya ke3 : reunion dgn kawan2 sek men dari form 1-3. ini antara kwn2 rapat aku dulu..Asma..Azian..Ana. yg tak der dlm gambar Zura..Kamaria dan Zaharah.


Raya tahun ni agak tak bape best sgt sebab tak habis beraya rumah sedara mara. Sebenarnya twin start demam dari hari pertama blk kg sampai la raya ke 3 terpaksa juga admit kat hospital sebabnya dah jumpa dr. mkn ubat still tak baik2. demam on off dan asyik demam mlm. Alhamdulilah dapat juga bilik single walaupun berbau sikit bilik tu...tak kisah la janji single. time tu bilik kebanyakkan penuh dan aku tgk ramai sgt budak2 yg demam...kesian kan.
Pakej percutian kami selama 3 hari 2 mlm di hospital. tgk twin demam serupa tak demam ja..siap2 melompat2 ja atas katil. Afif sorang ja yg admit sebab dah tak bermaya sgt tgk. Tq utk mother in law sebab msk anta mkanan kat aku n hb dan tlg jagakan akif. huhuhu time ni turn umah mak aku sebenarnya. sedih tahun ni tak dpt nak kumpul ramai2 kat umah mak lama2 sikit. 

Raya ke 5 twin dah baik demam. dan sebelum blk kitaorg ramai2 g mkn steamboat kat Perlis..adik Johan yg suggest kat sini..ok la sdp & murah shj seorg RM10.mkn la sampai kenyang. Esoknya kitaorg gerak balik shah alam.rasa kejap jer kat kg...syok dok kg tapi apa kan daya...


Tetamu pertama yg datang beraya kat rumah. my BFF. sori makcik tak sempat nak msk kan sdp2 .







ni gambar twin g beraya rumah untie nadia..rumah jiran kitaorg. suka g rumah dia..deco2 cantik sgt..terpegun.




ni pulak gambar time jamuan raya dkt ofis..semuanya cantik2 diorg ni.solo lg ni...aku jer dah jd mak org.




Reunion dgn kwn2 sek teknik langkawi. Best sgt bila sesekali dpt berjumpa.




Ni pulak gambar family mentua yg datang rumah..tgk afif nak bergambar tapi mls bangun.sabar jer la anak sorang ni.
                                   ok itu jer la utk kali ni :-) 


Tuesday, 29 January 2013

Mkn2 Kuala Perlis & Citer BLY

Assalamualaikum.

**Makcik aku update sebab ang ja tau.malas la :-) Tapi tau sgt dah mula cite jap g semua benda aku nak story..bkn boleh mula menaip :-)

Cuti Maulidur Rasul & Thaipusam yg lepas aku & en suami blk kg..lama jgk cuti dlm 5 hari mcm tu.bkn senang en suami nak cuti lama2.so blk ja la lgpun nak hantar twin kejap sampai raya cina ni sebab Jumaat ni aku follow en suami g kursus di Jakarta. sedih jgk tinggal twin..tp dah tak der pilihan kena la hantar..

Alhamdulilah finally impian aku pada tahun ini dah dimakbulkan Allah.syukur sgt2. Walaupun tak dpt wish @ grand livina ttp 7 seater. mmg BLY rezeki utk blk kg sebab ngam2 ptg Rabu baru dpt.mmg kitaorg plan khamis pagi nak bertolak blk kg.


 
Tunjuk kunci jer la :-)
Belasah jer la campur2 gambar & citer. ni adalah suasana di kampung aku pada waktu pagi. Tenang aman damai sgt. Kg. Banggol Chengal, Jabi, Pokok Sena,Kedah kikiki



Perjalanan di tepi2 laut kuala perlis. hmm dah lama tak rasa suasana mcm ni. First time bawa ayah rasmi kete baru.



Antara ahli yg join aktiviti mkn2 family mak jah kikiki


Gaya mak datin ni..


Pembuka selera yg first : Pasemboq & Laksa Kuala Perlis. mmg sdp.


Aku decide nak ddk tepi laut..baru best.Time ni twin tgh buat perangai sebab tgh sdp2 tido dlm kete dah kena bangun.
Gelapnya gambar ni..boleh la kan dari tak der langsung. sdp la jgk masakan kat kedai kitaorg cuba ni.murah pun murah.

ok tamat. :-) mood : malas.

Wednesday, 9 January 2013

EVERLYNN SKINCARE

Agak lama kan tak update blog ni.agak bz dgn kerja2 ofis & bila balik kg nak back to normal tu agak ambik masa la :-) lagi pun sekarang ni tgh semangat dgn biznes baru. Aku betul2 teruja dgn produk skincare EVERLYNN ni. dah lama kawan ofis jual sebenarnya.dia asal dari dealer smpai jadi stokis & sekarang dah nak buka kedai pun baru aku try cuba produk ni. itu pun sebab dah tension dgn kulit muka aku..kusam..tona tak sekata & yg paling tak suka keja naik jerawat,besar lak tu...tension sgt smpai nak make up @ pakai bedak pun x der mood.pastu parut jerawat tu hitam2 lak tu.Alhamdulilah dari start pakai mmg nampak ada perubahan..jerawat terus stop..parut hitam kian pudar & kulit muka pun dah tak kusam mcm dulu2 huhuhu. sampai satu tahap aku dah yakin utk jual produk ni & kongsi dgn kwn2 semua.

ini hasil la hasilnya setelah 3 minggu pakai everlynn.yg pasti muka dah tak kusam & yg plg penting jerawat dah tak der n parut jerawat pun makin pudar.suka sgt..

Kat bawah ni ada detail pasal produk everlynn: 


SKINCARE SET NORMAL

Pencuci,toner,day cream & multiperfection cream.  
Harga : RM120

- Memperbaiki tisu kulit
- Menggalakkan pertumbuhan sel baru
- Membantu memulihkan kulit kusam
- Mengurangkan kesan pigmentasi,noda hitam & jeragat.
- Memberi kelembapan yg mendalam.

















EVERLYNN SKINCARE ( SET 3 IN 1)

Vitamin E Facial Soap, Day Cream & Night Cream
HARGA : RM95 

Set 3 dalam 1 merupakan set ringkas merangkumi Vitamin E Facial Soap, Night Cream & Day Cream bertindak untuk memulih, mencerah & mengatasi masalah masalah kulit jeragat, pigmentasi,kulit kusam serta sesuai bagi kulit yang mempunyai masalah jerawat dan berminyak.Tanpa melalui proses penggelupasan yang menyakitkan & alami perubahan dalam tempoh 3 minggu penggunaan.

BLEMISH BALM CREAM (BB CREAM)

Harga : RM 45.00

Memberikan perlindungan semula jadi kepada kulit & membuatkan ton kulit nampak lebih sekata.Mengandungi SPF10 yang bertindak sebagai pelindung sinaran uv,anti kedut dan membuatkan kulit tampak lebih cerah.Formulasi Daun Barbadensis Aloe Ekstrak yang kaya dengan khasiat membuatkan kulit sentiasa lembap. Hasilnya ialah kulit tampak cantik secara natural.



COLLAGEN SERUM

Harga : RM 120/12 botol 

Penjagaan awalan bermula dari usia 25 tahun ke atas.Formulasi ekstraks Marine Plants Essence,membantu mempercepatkan proses pemulihan kulit melalui percambahan sel yang effektif, membantu mengalakan pembentukan semula kolagen dan meningkatkan elastisiti kulit,menganjalkan kulit, membantu memudarkan tompok kulit gelap & pigmentasi, mengurangkan garis halus penuaan dan kedutan, mengekalkan kelembapan dan perlindungan yang sempurna daripada masalah kekeringan kulit serta menyerikan kulit wajah dan tiada lagi masalah kulit kusam. Ia menyerap ke dalam liang pori dengan pantas.




COLLAGEN SHEET MASK

Harga : RM 12


Berfungsi mengurangkan kemerahan pada kulit akibat jerawat atau hasil daripada pengelupasan, membantu menghilangkan radang kulit, menghilangkan bintik hitam di sekitar tepi hidung.


 



ok itu la sedikit info tentang everlynn..mmg best la first time rasanya dpt pakai produk yg puas hati mcm ni. buat masa sekarang aku amalkan pakai set normal + collagen serum & amalkan mask dlm masa 2 minggu sekali. lebih byk info sila la jenguk2 http://www.facebook.com/EverlynnDealerWirawati

**Harga yg aku update ini adalah harga terbaru dan berkuatkuasa esok 10 Januari 2013.

Gambar terbaru pkul 2 pm td :-) sgt2 puas hati.


Monday, 17 December 2012

Di suatu pagi yang hening

Assalamualaikum. Terasa banyak pulak masa so nak kongsi la satu citer kat kawan2. Ahad lepas mmg aku tido awal kan sebab letih bawa twin jalan2 & uruskan psl projek baru wallpaper.sabtu pulak satu hari husband kat ofis..blk mlm pulak tu..so bila masanya aku nak lipat baju and ion baju semua tu kan. Disebabkan terlalu letih ahad tu dlm pkul 10 mlm aku dah tido. Tiba2 jam 3 pagi aku terjaga sebab terasa panas & dahaga sgt.Kejut la en suami teman turun dapur...hihihi aku ni penakut sikit sebenarnya walaupun kdg2 nampak ganas.Dah minum cuba la tido blk..tp tetap tak leh lelap.Apa lagi aku bangun dan terus ion baju.


Kat bilik ni la port aku ion baju kalau twin dah tido dlm bilik.Sebenarnya ini bilik twin yg belum set up apa2 lagi pun.Just ada barang2 mainan,car kecik & basikal diorg jer.Idea tu dah ada cuma belum ada bajet & masa utk buat so hold la dulu kan..lagipun twin ni dah jd kebiasaan kena tido dpn tv...satu keja la kena beli tv letak dlm bilik diorg..kos2.
Dah settle ion baju aku lipat kain baju pulak..byk la sgt sebab stock balik dari kampung lagi.Aku kalau lipat baju mmg akan bahagikan 2 bahagian..satu baju anak2 satu lagi baju aku n husband.
Dah pukul 5 pagi tapi mata still tak ngantuk..lipat kain baju sambil layan citer Gucci & Gris..lakonan Haliza Misbun & Ako Mustafa..best jgk wpun citer lama.

Finally settle jgk...letak kat hall tgh ni dulu sebab dlm bilik tak boleh buka lampu lagi..en suami & twin masih nyenyak dibuai mimpi2 indah :-)
Lepas tu aku turun bwh masukkan baju2 kotor dlm mesin basuh..naik mandi n than siap2 utk g ofis.mmg satu hari tak mengantuk.Berkesan jgk cara ni..

Wednesday, 12 December 2012

Tak Der Keje...

Tiba2 jer pagi ni ter rajin nak xplore phone & instagram...so ini la hasilnya :-) kesian kan aku..ketinggalan betul..org dah maju ke dpn,aku baru nak start.

:-)

Muhammad Akif Darwisy & Muhammad Afif Darwisy

Kisah Twin

Weekend yg lepas kira weekend yg agak bz la bg kami suami isteri..alhamdulilah dpt satu job wallpaper.aku ni bisnes ikut mood..rajin buat iklan ada la job masuk,kebetulan sekarang tgh ade sale tu yg rajin hihihi.Mula2 janji dgn customer nak dtg ukur pagi..sekali sabtu en suami mlm baru blk dari office terus aku postpone dlm tgh hari sikit. Bukan apa..nak kasi en suami rest cukup2.Dlm pukul 1 lebih baru settle kat umah customer,kita org terus ke shah alam hantar sampel blk kedai n than ke sec 17 sebab ada jemputan kenduri. Kitaorg ni bkn boleh start keluar rumah mula la melalut ke mana2..lepas kenduri ke SACC lak..hajat hati nak servey2 phone..maka di sini la cite twin bermula..panjang kan mukadimah dia hihihi


Twin ternampak ade kete mainan kat situ..ok kasi peluang bagi la naik 10 minit RM10 utk 2 org.
Dah pandai drive tu..

Akif..

Afif...
Boleh pulak twin tak nak balik nak main lagi...puas pujuk.lupa pulak aku nak snap gambar time ni.Last en suami terpaksa menipu..jom blk,jap lagi kita g beli.baru ok n tak nangis2...dalam keta on the way balik tu nangis lagi sambil ckp nak car...adoi terpaksa la tahan telinga.last2 kita org laki bini decide g la cari jgk sebab mcm kesian pun ada.sebelum ni dah bincang mcm tak nak beli sebab rasa mcm membzir sgt.


Pergi la beli dkt kedai sec 18..mmg apa2 mainan twin selalu cari kat sini.En suami tgh tgk staf kedai tu psg bateri
Habis di langgar nya perabot kat living hall..sebab time ni hujan..diorg tak leh drive kat luar.sabar je la.


**Kesimpulannya janji lah berjanji dgn anak2 sebab diorg akan ingat.nasib baik la bonus en suami dah tak lama..kalau tak kopak kitaorg.

Tuesday, 11 December 2012

Kuantan With My Love

Assalamualaikum.Lama x update blog..x sempat keja byk kat ofis sekarang,mybe sebab hujung tahun kot.Hari ni nak citer psl Kuantan..x plan pun,tiba2 jer en suami ajak sebab dia ade meeting n dinner kat sana..so follow jer la :-) lgpun x pernah smpai lagi bandar Kuantan.Mmg bercuti betul kali ni sebab time en suami keje aku lepak2 dlm bilik saja..layan tv.

Kitaorg gerak awal mcm keluar nak g keje gak.Time ni kat LPT,sejuk berkabus saja sepanjang hiway

Dalam sejam gak la dok lepak dlm kete sementara en suami meeting dgn org Suzuki kat Pekan


Pastu terus gerak ke Kuantan..finally sampai gak Kuantan setelah 30 tahun hidup..hihihi,kesian kan.Actually aku selalu dtg pahang sebab umah pakcik kat temerloh..cherating pun dah smpai.

Bangunan dpn tu la hotel kitaorg ddk.The Zenith Hotel.best amat2 puas hati.

Ini la part yg paling best,parkson dpn hotel ja.semua ada dlm tu..Johnny's pun ada.ok la kan.
Suka decoration bilik ni..moden





Ini namanya x der keje hihihi



Pas breakfast terus kitaorg check out sebab dari Kuantan terus blk kedah ambik twin
Sebelum tu singgah beli kopok lekor dulu,ole2 dari Kuantan utk mak2

Ni la kawasan jual kopok lekor tu,tak jauh dari airport.

Musim rambutan kat sana..aku kan hantu buah,dah jumpa tak sah kalau tak beli :-)
Dugaan..tgh2 drive kat LPT tayar dpn pancit terkena paku.Serius mmg suspen sgt time en suami tukar tyre spare tepi hiway tu.doa & tawakal saja la.Alhamdulilah kitaorg jumpa kedai tayar kat Jengka 19..baik sgt pkcik kedai tyre tu.Syukur ditemukan dgn org yg baik2.
Misi seterusnya masuk hiway cari org jual durian,sebab my BFF ckp murah2.Jumpa la sekilo RM15..boleh la walaupun tak semurah ang dpt kan mkcik :-)

Nyum2..sedap...puas hati.



**Sori la kalau gambar ada kabur2 sikit..snap pakai BB sahaja hihihi.