Usia Perkahwinanku

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 20 October 2012

Triffle

Assalamualaikum.disebab dah byk hari en suami request nak mkn triffle,ptg tadi aku pun buat la..kalau x buat hari2 dia akan tanya dah buat @ belum :-) ok mari kita kongsi resepi triffle.setiap kali buat triffle confirm aku akan ingat seorg kwn yg la ada kat ipoh..dulu kami 1 ofis tp husband dia trasfer ipoh n dia pun follow la g sana.thanks kak ct atas semua tunjuk ajar hihihi.

RESEPI TRIFFLE:

Bahan-bahan:
Kek gulung perisa pandan, buah laici, kristal jeli jenama nona 2 kotak perisa rasberry @ strawberry, susu cair, tepung kastard & buah peach

First: potong kek mcm ni dan susun dlm bekas.aku guna bekas kaca sebab nanti dah siap cantik nampak layer triffle tu.

Langkah kedua: tapis buah laici simpan air buah.potong buah bagi kecik sikit dan susun mcm ni.selalunya guna fruit koktel,tapi saja kali ni nak buat kelainan dgn buah laici.ikut kreativiti la yer.

Langkah ketiga: air buah laici + air = 800ml utk msk dua kotak jeli kristal.bila dah masak tuang jeli atas kek dan buah tadi.sorry lupa pulak nak snap gambar bila dah tuang jeli.sejukkan seketika dan masukkan dlm peti ais dlm masa setgh jam untuk beku.

Langkah keempat : masak 1 tin susu cair + 1 tin susu air + 4 sudu tpg kastard,sedikit garam & satu sudu gula. gambar atas ni kacau tpg,gula dan garam dahulu baru masukkan dlm susu.masak sehingga pekat dan tuang atas jeli yg dah beku.

Finally siap jgk...boleh jer nak hias dgn apa pun..kosong pun x per.tp kalau kosong sgt x cantik.

Pandangan atas : saja buat 2 bekas, yg dlm tupperware tu utk bawa jamu kwn2 dkt ofis isnin ni.

No comments:

Post a Comment