Usia Perkahwinanku

Daisypath Anniversary tickers

Monday 25 November 2013

Weekend Lepas

- Assalamualaikum-

Weekend yang lepas agak padat sikit aktivitinya tetapi happy sangat sebab dapat jumpa kawan2 rapat dari zaman sekolah ( tingkatan 1-3). kawan suka duka tau ni. Alhamdulilah dapat kawan2 yg sgt baik..u alls mmg terbaik la Ana, Zura dan Kamaria. Sorry tau hampa tak dapat nak rasa aiq tangan aku kali ni...sorry sesangat. hampa tau kan aku bz dgn 'cermin lipat' aku :-) 



Berborak makan minum bila sesekali berjumpa. Zura jumpa tak hasil pencarian ang tu? Bz dgn tab dia ja...Alhamdulilah Ana..suami2 kita mmg sgt serasi. Zurean tak habis2 puji Fairuz baik..tgk la kan husband kwn sapa hihihi.

p/s : Zura cari calon husband yg boleh sekepala dgn Fairuz & Zurean tau. 

Anak2  kami yg pandai membawa diri bila ibu & ayah bz menyembang :-). lupa nak ambil gambar twin main tab kat tangga ja time kita org sembang2.

Ini part paling best. see mmg sehati sejiwa kan? semua pakai kasut crocs. thanks Ana tlg belikan dan bawa dari Manjung tu habaq mai. 

Hari Ahad plan nak la masak nasi ayam sebab barang2 mmg dah beli dari hari Jumaat lagi. Awal tau bangun nak masak. En suami pulak nak keluar diam2 pergi beli roti canai utk breakfast, sekali twin sedar dan meraung2 menangis nak ikut. Terpaksa la ibu pun follow..pastu mkn pulak nasi lemak. Aku ni bkn boleh mula keluar rumah mula la plan bermacam2..nak g shopping la..en suami lak ajak naik genting. malas la cuti2 sekolah ni sure ramai org kan. last2 kita org pergi Sg.Buloh cari pokok utk tambahkan koleksi pokok bunga kat rumah.

Hasil pembelian kat Sg.Buloh. campur tiga biji pasu utk alih pokok2 yg semai dari kg, alat2 utk berkebun. ayat mcm la kebun besar sgt pun :-) tmn mini saja hihihi

Petangnya aku dan en suami selesaikan kerja yg asyik tertangguh dari last week lagi. setup bilik utk twin dan kemas2 sikit hall ruang atas. Bilik twin next entry yer aku show..malu sebab pakai cadar bunga2. Belikan cadar kartun mc queen online utk twin tapi tak sampai lagi.

Hall atas yg lebih santai dan selesa. Asalnya ada letak day bed kat situ tp day bed tu dah jadi katil Afif. ruang ni juga dah jadi ruang utk kami bersolat jemaah.

ok itu la sedikit cerita psl weekend yg lepas. 

- Assalamualaikum-



Wednesday 20 November 2013

Nour Ain Beauty Care

Assalamualaikum. Hari ini nak kongsi psl salah satu produk kecantikkan yang aku jual. teruja tau..produk yg sgt berkualiti..berkesan tetapi dgn harga yg sgt mampu utk dimiliki. Nour Ain Beauty Care, dari tahun 2006 lagi dah berada di pasaran,kekal hingga hari ini. Produk yg halal, selamat & lulus KKM yer.


Ini SET LENGKAP yg hanya berharga RM 100 
siap free pos & free gift u..utk kali ni akan dpt english style tumbler. dalam set ni ade:
- Beauty Soap
- UV Foundation
- Night Cream
- Facial Toner
- Serum Vitamin C

ini pula TRIAL SET JIMAT yg hanya berharga RM 52 shj utk:
- Beauty Soap
- UV Foundation
- Night Cream

NourAin Beauty Care merupakan produk berasaskan herba-herba terpilih yang mampu menyihatkan kulit wajah serta mengembalikan seri wajah yang hilang berpunca daripada kulit rosak. Herba-herba terpilih yang terdapat di dalam produk Nourain,menjadikannya produk yang berkualiti tinggi yang mampu memberi kepuasan yang maksima kepada para penggunanya. Sangat berkesan untuk kulit normal dan kulit yang mempunyai masalah jerawat serta jeragat.

Ciri-Ciri Product NourAin

* Beraskan Herba-herba terpilih
* Mengandungi vitamin C
* Sesuai untuk semua jenis kulit
* Tiada berlaku pengelupasan
* Memberi Keseimbangan kelembapan pada kulit
* Menyerikan kulit wajah
* Sesuai untuk lelaki dan wanita

Penggunaan produk Set Lengkap Nour Ain akan membantu anda

- Memutihkan kulit wajah dan menjadi lebih cerah dan berseri-seri
- Menghilangkan masalah kulit berminyak pada muka
- Memudar dan menghilangkan jerawat, jerawat, parut, white head, black head & lingkaran gelap bawah         mata
- Hilangkan bintik hitam, white head pada bahagian bermasalah (dahi / hidung)
- Kulit muka menjadi lebih licin & gebu
- Mengurangkan kedut dan tegang pada kulit muka
- Wajah nampak lebih 'glowing' dan cerah
- Keluar rumah tanpa perlu bermekap tebal
- Lindungi kulit wajah dari sinaran UV
- Menjadikan anda kelihatan lebih muda dari usia sebenar

kpd yg berminat tu sila sms/whatsapp : 0192127066
Pos laju / free COD kawasan Shah Alam..Subang..Bukit Jelutong dan kawasan2 yg berdekatan.

Alhamdulilah

Alhamdulilah tahun 2013 banyak merubah diri aku. Aku berusaha utk menjadi seorang muslimah yg sejati. Aku sedar dari dulu sebelum kawen mak aku selalu berleter psl pakaian aku. Seluar ketat, baju singkat dan sendat. Ya Allah byk nya dosa aku padaMu ya Allah. Terima kasih mak..en suami, aku tau doa2 kalian Allah telah makbulkan. Alhamdulilah kawan2 pun ada yg membimbing dan menjadi rujukan. Thanks Ana..aku tau sure dia akan baca entry ni.

Aku bermula sikit2 dari tudung baju dan seluar. if ada yg perasan dlm FB aku. Dan minggu ini alhamdulilah tergerak hati aku memakai stokin. tiada sesiapa yg memaksa...semuanya aku lakukan dgn hati yg rela. ya Allah jahilnya aku selama ini..ampun kan aku.

mula2 start dgn baju tgn panjang yg longgar..seluar longgar..if pakai jeans pun dgn baju yg besar and than berusaha bertudung tutup dada.


masih perlu diperbaiki..agak jarang

Kawan2 doakan perubahan aku ni kekal hingga akhir hayat aku. rasa sentimental pulak hari ni :-) ok jumpa next entry..bye - Assalamualaikum -

Wednesday 6 November 2013

Nasi Beriani Ayam Masak Merah & Dalca Tulang

Disebabkan weekend lepas tak pergi mana..ddk umah jer sebab en suami plan nak study aku pun jadi rajin la.semangat tau nak masak. Jumaat pas kerja terus g pasar basah sec. 6. Hari Ahad aku pun bersilat la kat dapur masak nasi beriani, ayam masak merah & dalca tulang.Meh aku nak kongsi resepi aku yg tak seberapa ni.

Nasi Beriani 

1) Masak nasi putih mcm biasa. Biasanya beriani pakai beras brasmathi..tapi disebabkan aku lupa so aku pakai beras biasa ja.

Ini lah perencah nasi beriani yg aku pakai. senangkan? sesuai utk org yg rajin mcm aku :-)

2)  Tumis perencah dalam kuali sampai pecah minyak dan tuang ke dlm nasi yg tgh mendidih dan kacau hingga sebati. Pastukan biarkan sampai masak (sekali sekala tu kacau la yer)


nasi beriani yg telah siap di masak.


Dalca Tulang

1- Rebus kacang dal bersama tulang


2- Tumis bawang merah,bawang putih,kulit kayu manis, bunga lawang,bunga cengkih dan daun kari.


3- Bila bahan yg telah ditumis kekuningan masukkan bawang merah,bawang putih,halia, lengkuas, serai dan rempah kari yg telah dikisar.

4 - Masak rempah tadi sehingga pecah minyak dan tuangkan ke dalam periuk rebusan kacang dal dan tulang tadi. Kacau sehingga sebati.

5 - masukkan santan. aku biasa pakai santan kotak jer senang.

6 - masukkan ubi kenting dan carrot

7 - Bila hampir masak masukkan kacang buncis. en suami tak mkn kcg panjang sebab tu aku gantikan dgn kcg buncis. * Jgn lupa bila dalca dah mendidih masukkan garam dan sedikit shj bahan perasa.


8 - akhir sekali masukkan tomato dan cili besar.

ini lah hasilnya - dalca tulang -


Ayam Masak Merah

1 - Goreng ayam yg telah diperap dgn garam kunyit.

2 - Kisar cili kering, bawang merah, bawang besar, bawang putih, serai, halia dan lengkuas.

3. Tumis bahan yg telah dikisar. Masukkan sos cili, garam, gula, air asam jawa dan sedikit bhn perasa. Masak sehingga pecah minyak.

- Tadaa.. dah siap pun :-)

Nasi Beriani
Ayam Masak Merah
Dalca Tulang

























Friday 1 November 2013

Flawless Lotion Everlynn


flawless Lotion (more than makeup)


- makeup base.
- tak perlu nak tampal foundation tebal2. 
- Natural look dan
- menutup cela2 kecil di muka.
- SPF30 ( pelembap & tona kulit lebih sekata)
- cepat dan ringkas utk pakai.


Apa yg perlu anda tau tentang FLAWLESS LOTION..

1) Apa itu FLAWLESS LOTION??
-ia merupakan base kpd kulit sblm apply any foundation/cream/makeup.

2) Siapa yg boleh pkai FLAWLESS LOTION?? org yg suke makeup shj or anyone??
- BOTH!!! yg tak suke makeup & suke makeup boleh pkai flawless lotion ni..utk yg x suke makeup, lps apply lotion ni, ton kulit akn lebih sekata & nmpk natural look..yg suke makeup plk, of cos makeup akn lebih tahan lama & nmpk flawless.

3) Apa yg SPECIAL tntg flawless lotion ni??
- ade SPF 30 yg mne bertindak sbg pelindung kulit thadap UV matahari
- juga sbg pelembap kulit
- boleh tutup mslh kulit spt scar, wrinkles, fine lines etc..

**jika ingin cpt dan ringkas boleh juga hanya apply FLAWLESS LOTION dan loose or compact powder shj di wajah anda :-)

sila pm/sms/whatsapp 0192127066.

Tuesday 29 October 2013

Musim Hujan

Di sebabkan sekarang ni musim hujan..kain baju aku lambat betul nak kering. dah la aku ni style cuci baju dan lipat baju seminggu sekali. so harus fikirkan satu altenetif utk senangkan kerja aku. selalunya setiap sabtu dan ahad aku cuci dan sidai di belakang umah..open. ada la bumbung sikit belakang tu tapi kalau hujan lebat mmg tempias.

tgk..banyak sekali aku lipat. ni belum campur dgn baju2 twin.

Penyelesaiannya beli penyedai baju dan pasang dlm bilik yg kosong pastu buka kipas syiling. so settle la problem aku :-) tgk baju2 aku dan en suami utk seminggu yg aku ion pun senang di urus.sangkut jer kat situ. setiap pagi ambil dan pakai shj. almari pun dah sendat sgt.






Everlynn Skincare


SET 3 IN 1 VIT C

PAKEJ JIMAT...PAKEJ HOT ITEM !!!
SET 3 DALAM 1 VIT C mengandungi :-

- Night Cream 10g
- Day Crean 5g
- Vitamin C Facial Soap

HARGA : RM 100

Penyelesaian utk masalah kulit BERJERAWAT, SENSITIF, PARUT YG BYK, BERMINYAK dan PORI YG BESAR. Hanya dlm masa 2-3 minggu penggunaan,anda akan mendapat melihat kesannya. Kulit lebih halus, bersih, lembut, gebu, bebas dari jerawat serta lebih anjal.

Bina keyakinan diri anda dgn Everlynn Skincare. Cantik utk yg tersayang byk pahala tau.

sms/whatsapp 0192127066

East Coast

Alhamdulilah semlm selamat sampai rumah dlm jam 7.30 ptg dari Kuantan. Masih letih, disebabkan cuti dah tak banyak terpaksa la masuk kerja hari ni huhuhu.

Jumaat bangun pagi mcm biasa sama mcm g kerja. brg dari malam lagi dah siap pack. dlm 7.30 pagi kitaorg terus gerak. Jalan agak jem dkt nkve..biasa la kan hari bekerja.

Twin tak bangun tido lagi time kitaorg gerak dari rumah. Angkat dari katil masuk kete pun still tido lagi. Singgah isi minyak kete dan beli makanan utk breakfast dkt Petronas NKVE. makan pun dlm kete jer..mak siap puji2 lagi nasi lemak situ.sdp...lupa pulak nak ambik gambar.

Ahli rombongan kali ni tak ramai..kami 4 beranak dan mak aku shj. Ni tempat kami singgah lunch di jalan. tak ingat nama tempat tapi belum masuk kawasan kelantan lagi time ni.


Laluan kami ke Kelantan ikut Gombak, LPT sikit Kuala Lipis dan Gua Musang. First time lalu situ dan ini baru kali ke2 aku ke Kelantan...en suami lagi la baru first time sebab tu dia sgt teruja. 




Kitaorg sampai Kota Bharu dlm pukul 3.30 petang dan terus ke Rantau Panjang. Tak tau rupanya kat sana Jumaat byk kedai yg tutup, tapi boleh la kalau setakat nak shopping peralatan dapur dan juga kain baju. Tgk mak aku dia yg syok memborongnya sebab blk boleh jual :-) 






Dari Rantau Panjang kita org terus ke hotel dtk area Wakaf Che Yeh. 



Time ni tgh tunggu nak masuk bilik. tgk Akif, dia mmg pantang kalau bab2 bergambar ni..suka jer.

Ni la bilik yg kita org tido di Kota Bharu. Kurang selesa, bilik yg sempit pastu tak der view pulak. kat tingkap cuma nampak kolam renang dlm bangunan hotel. Pasni kalau pergi lagi confirm tak nak duduk hotel ni. 


Makan mlm aku di Kota Bharu...apa lagi kalau bkn nasi kerabu. nyum2 sdp. RM 3 shj.

Lepas maghrib turun jap dgn mak aku area tepi2 hotel tu..ada dua tiga butik tudung n baju. yg ingatnya ada Butik Ariani & Humaira. Pastu naik bilik balik layan cite 'Kampung Girl' :-) Pas habis citer tu baru kitaorg semua jln2 area Wakaf Che Yeh. 

Mak yg suka sgt kalau dpt shopping...

Gelagat Afif & Akif kalau bergambar





Sebelum blk bilik pekena mee celop dlm area Wakaf Che Yeh tu. makan dan makan lagi :-) mmg asyik mkn jer la sepanjang 4 hari tu.

Hari kedua selepas check out kita org ke Bazar Tok Guru, Pasar Siti Khadijah & Pengkalan Kubor.

Bazar Tok Guru


Gambar Pasar Siti Khadijah ja yg sempat aku ambil :-) Pengkalan Kubor lupa nak ambil gambar sebab excited tgk pinggan mangkuk murah2. Dari Pengkalan Kubor kitaorg terus gerak g Besut, rumah anak sedara aku.

View dari Jambatan Tok Bali. Cantikkan? Indah betul ciptaan Allah S.W.T.



Malam tu kita org mkn pulut ikan masin & ikan bakar yg dibelanja oleh tuan rumah. sedap & segar.
                          


Mak dengan cicit sulong 

Bergambar dulu sebelum gerak ke Kuala Terangganu



Sebelum balik tuan rumah belanja bruch pulak. Baik hati betul tuan rumah ni..semoga makin di murahkan rezeki. sedap pulak tu ikan bakar ni.fresh... tapai pun sdp. Syurga mkn la pantai timur ni.


Destinasi seterusnya bawa mak pusing2 Kuala Terangganu dan ke Pasar Payang 



Cantik view sepanjang perjalanan dari Besut ke Kuala Terangganu

Pasar Payang 

Sedang menahan diri tgk batik sutera yg cantik2 ni

Acara penting kalau g Terangganu. tak sah kalau tak mkn sotong dan ikan grg tepung. Kitaorg singgah Pantai Kelulut on the way ke Kuantan.

Perjalanan yg setia ditemani En. Papago :-) Keje mkn jer aku ni..pantang nampak org menjual tepi jln..kopok lekor grg..satar..jagung bakar. nyum2 semuanya sdp. 


Pelangi ptg perjalanan dari Terangganu ke Kuantan

Singgah berehat dan tidur di Zenith Hotel Kuantan. selesa dan dua kali menginap kat sini. yg penting bersih k.



Sebelum balik Shah Alam singgah Pantai Teluk Cempedak dulu. mak aku nak sgt singgah sini. Dia ckp dulu Rafeah Buang menyanyi kat sini. aduh sabar jer la mak aku ni..siap plan nanti kalau g umah pakcik kat Temerloh nak dtg sini lagi hihihihi

ok tu la percutian kita org yg lepas. Berkurun baru nak update.

-Assalamualaikum-