Usia Perkahwinanku

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 6 November 2013

Nasi Beriani Ayam Masak Merah & Dalca Tulang

Disebabkan weekend lepas tak pergi mana..ddk umah jer sebab en suami plan nak study aku pun jadi rajin la.semangat tau nak masak. Jumaat pas kerja terus g pasar basah sec. 6. Hari Ahad aku pun bersilat la kat dapur masak nasi beriani, ayam masak merah & dalca tulang.Meh aku nak kongsi resepi aku yg tak seberapa ni.

Nasi Beriani 

1) Masak nasi putih mcm biasa. Biasanya beriani pakai beras brasmathi..tapi disebabkan aku lupa so aku pakai beras biasa ja.

Ini lah perencah nasi beriani yg aku pakai. senangkan? sesuai utk org yg rajin mcm aku :-)

2)  Tumis perencah dalam kuali sampai pecah minyak dan tuang ke dlm nasi yg tgh mendidih dan kacau hingga sebati. Pastukan biarkan sampai masak (sekali sekala tu kacau la yer)


nasi beriani yg telah siap di masak.


Dalca Tulang

1- Rebus kacang dal bersama tulang


2- Tumis bawang merah,bawang putih,kulit kayu manis, bunga lawang,bunga cengkih dan daun kari.


3- Bila bahan yg telah ditumis kekuningan masukkan bawang merah,bawang putih,halia, lengkuas, serai dan rempah kari yg telah dikisar.

4 - Masak rempah tadi sehingga pecah minyak dan tuangkan ke dalam periuk rebusan kacang dal dan tulang tadi. Kacau sehingga sebati.

5 - masukkan santan. aku biasa pakai santan kotak jer senang.

6 - masukkan ubi kenting dan carrot

7 - Bila hampir masak masukkan kacang buncis. en suami tak mkn kcg panjang sebab tu aku gantikan dgn kcg buncis. * Jgn lupa bila dalca dah mendidih masukkan garam dan sedikit shj bahan perasa.


8 - akhir sekali masukkan tomato dan cili besar.

ini lah hasilnya - dalca tulang -


Ayam Masak Merah

1 - Goreng ayam yg telah diperap dgn garam kunyit.

2 - Kisar cili kering, bawang merah, bawang besar, bawang putih, serai, halia dan lengkuas.

3. Tumis bahan yg telah dikisar. Masukkan sos cili, garam, gula, air asam jawa dan sedikit bhn perasa. Masak sehingga pecah minyak.

- Tadaa.. dah siap pun :-)

Nasi Beriani
Ayam Masak Merah
Dalca Tulang

























4 comments:

  1. wow

    terbaik la mcik!!!
    sedap tu...

    thanks for the resepi

    paling best part dalca tu nyam nyam...

    ReplyDelete
  2. Eeerrmmm sedapnya,tahniah sahabatku.Nanti I g rumah u,u masak macam ni okeyh...

    ReplyDelete
  3. makcik resepi plg simple utk buat kan?

    Kak bit : okeh boleh.nak mai roger k.

    ReplyDelete