Usia Perkahwinanku

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 13 November 2012

TRIP KE MEDAN NOV 2012 - PART 1

Assalamualaikum.rajin pulak tiba2 blk dari medan malam ni terus nak update blog.sebelum lupa baik kongsi cerita cepat2 kan..asalnya nak citer dlm satu post ja..tp bila part nak upload gambar tu punya la lambat so aku citer ikut hari la..mana yg sempat la yer,sementara tunggu en suami settle kan kerja kat ofis sebab jap g kitaorg nak terus balik kg jumpa twin..rindu bangat si.dah melalut pulak aku ni.Flight kitaorg dari klia dlm pkul 8 am mcm tu..dekat ja medan dlm 45 minit shj.kali ni trip kita org ramai2.pergi dgn kwn2 department ofis en suami.dlm 30 org rasanya sekali dgn kanak2.first time ni naik mas..selalunya air asia n firefly ja.ok la lebih kurang jer pun cuma beza mas ada bg mkanan n minuman ringan.

ini la pemandu pelancong kita org kat sana,pak andi kot namanya.jgn salah sudah..main belasah jer aku ni hihihi

destinasi pertama.suka aku sebab terus g shopping.habiskan masa sebelum ke danau toba sebab kitaorg lunch di medan jgk.

see dah semangat tawar menawar dah ni.

destinasi ke2 ke fashion outlet.best t shirt n jeans murah2 sgt.yg pastinya berkualiti sebab en suami suka sgt t shirt yg beli kat bandung dulu.

comel kan...suka kacau adik amzar


Kat sini la kitaorg lunch..antares hotel.dan kat sini jgk kitaorg tido nanti selepas blk dr danau toba.hampeh ade wifi tp apa pun x boleh..baik tak payah kan.


selepas lunch meneruskan perjalanan ke tasik danau toba..lama jgk dlm 4 jam mcm tu.ada jgk la singgah2 cthnya kedai jual tengteng dan tingting ni..apa kebenda pun aku x tau yg pastinya ada jual mkanan.layan ja la.

see semua org kusyuk merasa makanan..

finally smpai ke pekan parapat...lengoh sgt2 ddk dlm bas.pastu naik bot dlm 45 minit utk ke toledo inn kat samosir island yg ada kat tgh2 tasik danau toba.


serius aku mmg suka tempat ni..aman damai..sejuk.tp nak menempuh perjalanan tu yg x sanggup dah

kesian tgk bdk2 kat sini pandai cari duit.nyanyi2 pastu minta la duit.bertapa bertuahnya kita menjadi rakyat malaysia.

tenangkan..bersih sgt air tasik ini.masih belum tercemar.


ini la bilik kitaorg.sori la aku pun x tau harga bape sebabnya semua agensi pelancongan tu yg uruskan.mybe bwh 100.

boleh la janji dpt tido dgn selesa sebab mmg letih sgt hari tu.

dpn bilik kita org



ok cukup utk hari pertama..lepas mkn apa lagi tido la.esok aktiviti lagi byk.



1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete